Syarat dan Undang-undang kecil

  1. Kelayakan:
    • Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada pemilik-pemilik unit dan penduduk Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Pudina, Presint 17 Putrajaya.
    • warganegara Malaysia;
    • telah mencapai umur lapan belas tahun;
    • bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah di dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
    • bukan seorang yang:
      1. tidak upaya dari segi mental;
      2. bankrap yang belum dilepaskan;
      3. terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar; dan
      4. telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.
  2. Tempoh kelulusan:
    • Kelulusan adalah dalam tempoh 7 hari bekerja (bagi borang yang lengkap)
    • Selepas kelulusan, pembayaran perlu dilakukan dalam tempoh 60 hari. Pendaftaran akan dibatalkan jika melebihi tempoh dan perlu mengisi semula borang baharu.
Scroll to Top