Koperasi Pudina Putrajaya Berhad (KoPudina) telah ditubuhkan pada tahun 2019 antara lain dengan tujuan meningkatkan ekonomi dan pegangan penduduk di PPAM Pudina. Fokus utama semasa penubuhan adalah bagi mengoperasikan ruang komersial di sekitar PPAM Pudina sebelum dipanjangluaskan ke sekitar Putrajaya. Dengan sokongan penduduk, KoPudina dijangka dapat menjadi sumber pendapatan kedua yang stabil bagi semua penduduk di samping menjadi penggerak utama kepada semua hasil komersial PPAM Pudina.